with lots of love

October 16, 2011

aizat amdan..


Lima bulan baru kurus

Hai Aizat,

Saya merupakan peminat Aizat sejak dalam Akademi Fantasia lagi. Tahniah kerana menjadi finalis juara lagu baru-baru ini. Saya suka dengar lagu-lagu Aizat dan saya juga kagum dengan penurunan berat badan Aizat. Sebagai peminat yang juga mempunyai masalah berat badan, saya ingin tahu bagaimana Aizat berjaya menurunkan berat badan sehingga menampilkan penampilan yang kurus seperti sekarang.

1. Berapa lama Aizat mengambil masa untuk menguruskan badan dan menggunakan produk apa? Kalau boleh saya nak membeli produk yang Aizat guna dahulu.

2. Berapa berat badan Aizat dahulu dan sekarang?

3. Boleh beri saya tip- tip Aizat atau petua untuk kembali langsing?

n Peminat Fanatik Aizat.

AIZAT

1. Sebenarnya untuk kurus sampai ke tahap sekarang memakan masa lima hingga enam bulan. Tapi, kalau ia dilaksanakan dengan teratur, kita akan dapat hasil yang lebih cepat.

2. Dahulu berat Aizat 112 kilogram. Kini tinggal 70 kilogram sahaja.

3. Tak ada tip dan petua yang tertentu. Cuma yang penting kawal pemakanan dan jangan sesekali tidak bersenam.

No comments: